Lidah kukelu dan minda ku membeku
Semangat kuhilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri
Selama berpimpin tanganmu meredah segala
Telahku leka
Macam-macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi
Meluncur atas salju dosa
Diambang menjunam gelincir terbenam
Binasa usia dan masa jangan disia sia
Dan ini pasti ku terpaksa berhenti
Mau saja... Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja... Kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja... Ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi... Kamar ku sedia terkunci
Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari kau semata
Dunia dan syurga
Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersama mu
Dunia dan syurga 2x
Umpama perang
Umpan perlu dikorbankan
Demi mencapai maksud dan tujuan
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan
Akhir nanti engkau akan pasti aku tawani
Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari kau semata
Dunia dan syurga
Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersama mu
Dunia dan syurga
Mau saja... Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja... Kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja... Ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi... Kamar ku sedia terkunci