Sungguh lama ku pendamkan
Menjadi rasa naluri
Panah cintaku tembusi
Sifatmu itu
Riwayatmu ku satukan
Di dalam hakikat cinta
Makrifat pun seabadi
Kau tak mengerti cintaku kepadamu
Kasihku impikan dikau beribu makna
Beribu suka duka ku tempuhi
Hadirlah kasih bagai titian pelangi
Bukalah gerbang mahligai di hati ini
Mahligai seribu impian dan bayangan
Masih bersembunyikan rahsianya
Mahligai seribu ku impikan kenyataan
Padamu ingin ku zahirkan kasih
Terangi ia bawakan cintamu
Wangian syurgawi
Kasihku impikan dikau beribu makna
Beribu suka duka ku tempuhi
Hadirlah kasih bagai titian pelangi
Bukalah gerbang mahligai di hati ini
Mahligai seribu impian dan bayangan
Masih bersembunyikan rahsianya
Mahligai seribu ku impikan kenyataan
Padamu ingin ku zahirkan kasih
Mahligai seribu impian dan bayangan
Masih bersembunyikan rahsianya
Mahligai seribu hakikat ku menunggu
Hadirlahmu bersama kerelaan
Nescaya ada erti kebahagiaan
Tak terucap dengan kalimah syahdu
Carilah aku di awal mula
Di akhir tiada akhirnya