Disaat ini kuterkenang
seorang insan yang ku sayang
orang nya sungguh istimewa
sehingga kini masih terasa cintanya
Setiap hari ku berdoa
agar ku dapat bertemunya
walaupun hanyalah sebentar
cukuplah buat penawar rindu hatiku
Dulu pernah dia jadi milikku
tapi akhirnya terpaksa berpisah
kerana adanya halangan
namun diriku ini tetap sayangkannya
Sekiranya diberi kesempatan ingin ku terus bercinta dengannya
mungkin pada kali ini masih ada peluang hidup bersama dan bahagia
Andainya dia masih ingat
dan masih rindu kepada ku
datang lah segera pada ku
kerana aku ingin buatmu bahagia
andainya dia masih ingat.