Andainya emas ku genggam
Andai karat ku kikiskan
Agar tak menyelaputi
Hingga mengaburi hati
Bisakah noda dipadamkan
Dari lembaran ingatan
Atau menjadi garisan
Retak ditelapak tangan
Cinta tak semudah ungkapan
Masakan adanya bahagia derita
Manakah jalan pilihan
Tepuk dada oh... tanya selera
Sempurna pastinya tak pernah
Dijadikan milik kita
Apa yang ada pada insan
Hanya suatu harapan
Kerana disebalik keraguan
Ada satu keyakinan
Kerana di sebalik keresahan
Ada satu ketenangan
Bukankan mata hatiku
dengarkanlah kalimah rindu
Pada cinta yang aku damba
Berpaling dari cinta dusta
Andainya emas ku genggam
Andai karat ku kikiskan
Agar tak menyelaputi
Hingga mengaburi hati
Bisakah noda dipadamkan
Dari lembaran ingatan
Atau menjadi garisan
Retak ditelapak tangan
Cinta tak semudah ungkapan
Masakan adanya bahagia derita
Manakah jalan pilihan
Tepuk dada oh... tanya selera
Sempurna pastinya tak pernah
Dijadikan milik kita
Apa yang ada pada insan
Hanya suatu harapan
Kerana disebalik keraguan
Ada satu keyakinan
Kerana di sebalik keresahan
Pasti ada satu ketenangan