senyummu kelmarin
telah kurasai
kemesraannya
hanyut di dalam
bayanganmu
hadirmu ke mari
membawa erti
percintaan ini
terus membara
di hati kecil
ku ini
setelah melanda kesunyian ini
ku tak mahu berteduh keseorangan
puas telah kunyatakan pada dunia
pasti ku pulang memetikkan mu
biarlah ku genggam harumnya kasturi pujaanmu
mengalirkan rasa rindu ku padamu
sebagaimana ku mahu memilikinya
dari sentuhanmu pasti rasa kecintaan ini
bercahaya terangnya memukau aku
di sini akan aku terus menanti
kehadiranmu
oh kekasih