Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmatMu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi...
Detinasi Cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui hanya kecewa
Menyelubungi...
Ku gelintar sengenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang KasihMu.
ILLAHI RABBI...
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...
Ooooooooooo
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohoh makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang KasihMu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai.
Sengumpal darah bernama HATI.
DESTINASI CINTA ILLAHI.
Lestarikan wadi kalbu ku
Oh Tuhanku...
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagi ku
Melamar redhaMu
Namun masih ku
Mengharap ampunanMu.
Wahai Tuhanku.
Ya Allah...